BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 4 September 2010

Ramadhan bakal pergi, Syawal sebagai ganti

SubhanAllah..
Ramadhan al-mubarak sudah masuk hari yang ke 26 tanpa sedar. Mungkin terlalu sibuk dengan aktiviti harian sehingga terlupa menghitung hari. Tambahan pula Ramadhan kali ini agak berbeza jika dibandingkan dengan ramadhan tahun-tahun sudah. Jika dalam tempoh 5 tahun yang lalu, saya akan berpuasa di UiTM bersama rakan-rakan, pergi ke kelas dan bazar bersama, menghadapi test ataupun kuiz di malam hari sesudah solat terawikh tetapi tahun ini saya berpuasa di dalam ofis dan jarang sekali dapat ke bazar kerana kesuntukan masa. Walaupun masih memegang status sebagai 'pelajar' tetapi latihan praktikal di luar dewan kuliah sememangnya berlainan sekali daripada belajar di dalam kelas. Mungkin suatu hari nanti beginilah kehidupan saya apabila sudah bekerja kelak.

Nampaknya Ramadhan sudah hampir berakhir dan bakal meninggalkan kita semua manakala Syawal pula akan menyusul. Semoga kita diberi peluang bertemu Ramadhan pada tahun hadapan pula InsyaAllah.

0 comments: